Rabu, 21 Disember 2016 | 10:13am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal hari ini sejajar dengan prestasi meyakinkan Wall Street dan peningkatan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.05 mata kepada 1,638.57 mata berbanding penutup semalam 1,634.52.

Indeks itu dibuka 4.30 mata lebih tinggi kepada 1,638.82.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 91 kepada 49,dengan 147 kaunter tidak berubah, sementara 1,472 kaunter tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 38.92 saham bernilai RM20.98 juta.

Dalam kalangan saham mewah, TNB, Sime Darby dan Petronas Chemicals masing-masing naik dua sen kepada RM13.74, RM8.15 dan RM6.90.

Maybank naik tiga sen kepada RM7.94 dan Public Bank meningkat empat sen kepada RM19.76.

Bagi saham aktif, Hibiscus Petroleum menokok setengah sen kepada 38.5 sen, IFCA MSC tidak berubah pada 27.5 sen dan LB Aluminium naik satu sen kepada 64 sen.

Indeks FBM Emas menokok 20.39 mata kepada 11,453.69, Indeks FBMT100 21.43 mata lebih tinggi kepada 11,176.65 dan FBM Ace naik 8.85 mata kepada 4,812.12. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X