Rabu, 21 Disember 2016 | 7:03pm
PESAWAT yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth menyebabkannya terbakar. - Foto ihsan pembaca

Juruterbang TUDM maut pesawat terhempas


SEORANG juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut, 3 parah, selepas pesawat Beechcraft King Air 200T terhempas ketika mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth, 5.30 petang tadi. - Foto ihsan pembaca

BUTTERWORTH: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, difahamkan pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang turut membawa tiga kru udara, yang dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu.


ANTARA kru udara yang dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu. - Foto ihsan pembaca

Berdasarkan maklumat awal, pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth menyebabkannya terbakar.

Pihak TUDM dilaporkan dapat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa yang tercedera, namun keadaan mereka masih belum diketahui setakat ini.

Sementara itu, pihak TUDM yang dihubungi mengesahkah kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.

Berita Harian X