Rabu, 21 Disember 2016 | 8:32pm

Pesawat TUDM terhempas: Disangka asap sampah

ASAP tebal memenuhi ruang udara Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, kira-kira jam 5.45 petang. - Foto ihsan pembaca

BUTTERWORTH: "Saya ingat orang bakar sampah, rupa-rupanya kapal terbang terhempas," kata Rizal Effendy Maarop, 36, yang dalam perjalanan ke Padang Banggali, Tasek Gelugor, petang tadi.

Rizal Effendy berkata, beliau melihat asap tebal memenuhi ruang udara Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, kira-kira jam 5.45 petang.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya, namun mula berasa hairan apabila asap di ruang udara menjadi bertambah tebal.

PESAWAT Beechcraft King Air 200T.

"Saya hanya mengetahui terdapat kapal terbang terhempas apabila orang ramai mula memenuhi kawasan berdekatan Pangkalan TUDM.

"Kami kemudian ada mendengar bunyi siren kuat dari arah pangkalan sebelum asap mula berkurangan," katanya yang bekerja sebagai pegawai bank.

Berita Harian X