Rabu, 21 Disember 2016 | 8:44pm

Timbalan Menteri Pertahanan dijangka lawat mangsa

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum. - Foto Hafiz Sohaimi

BUTTERWOTH: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, di sini, sebentar lagi.

Difahamkan, Mohd Johari akan meninjau keadaan lokasi kejadian serta mangsa yang terbabit dalam nahas pesawat jenis Beechcraft King Air 200T.

Difahamkan pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang itu turut membawa tiga kru, yang dilaporkan cedera parah.

Insiden itu turut mengorbankan juruterbang pesawat terbabit yang dikenali sebagai Mejar Kayambu.

Berita Harian X