Rabu, 21 Disember 2016 | 10:23pm
A Bijeikumaran, 58, (kanan), bapa kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kayamboo Chellam, yang maut dalam insiden pesawat terhempas, tiba di Pangkalan TUDM, di sini, sebentar tadi. - Foto Amir Irsyad Omar

Bapa juruterbang tiba di TUDM Butterworth

BUTTERWORTH: Bapa kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Kayamboo Chellam, yang maut dalam insiden pesawat terhempas, tiba di Pangkalan TUDM, di sini, sebentar tadi.

Beliau yang berusia sekitar 60-an, diiringi pegawai TUDM dilihat masuk ke kawasan kem bersama seorang ahli keluarga wanita berusia 20-an.

Kedua-duanya dilihat menangis ketika bercakap dengan seorang pegawai TUDM, namun kumpulan wartawan tidak dibenarkan menghampiri mereka.

Dalam kejadian pada jam 5.18 petang tadi, pesawat Beechcraft King Air 200T milik TUDM terhempas ketika cuba mendarat menyebabkan tiga lagi kru udara parah.

Berita Harian X