Khamis, 22 Disember 2016 | 10:14am
SEORANG daripada mangsa nahas pesawat Beechcraft King Air 200T dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang selepas menerima rawatan kecemasan awal di Hospital Seberang Jaya, malam tadi. - Foto Danial Saad

Seorang mangsa nahas pesawat TUDM dipindahkan ke HATTM

GEORGETOWN: Seorang mangsa nahas pesawat Beechcraft King Air 200T yang terhempas di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth di sini, semalam, dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) di Kuala Lumpur.

Sumber Kementerian Pertahanan memaklumkan Leftenan Hamid Ahmad Hanafi dipindahkan ke hospital berkenaan, malam tadi.

"Dua lagi mangsa nahas, iaitu pembantu juruterbang, Kapten Wai Lik dan Sarjan Mohd Sofi Azizan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya kepada BH, sebentar tadi.

Dalam kejadian 5.18 petang semalam, Mejar C Kayamboo, 45, yang menyambut hari lahirnya semalam, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Pesawat berkenaan yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang jam 3.30 petang semalam, terhempas ketika mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth.

Berita Harian X