Khamis, 11 Disember 2014 | 3:45pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor disambut oleh wakil Kementerian Luar Korea Selatan ketika tiba di Lapangan Terbang Gimhae Air Base Busan hari ini. - Foto BERNAMA

Najib sampaikan ucaptama Sidang Kemuncak CEO ASEAN-Republik Korea

BUSAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat konvensyen BEXCO, di sini bagi menyampaikan ucapan pada sesi penutup Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ASEAN-Republik Korea (ROK).

Program yang disertai tokoh korporat ASEAN termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes itu dianjurkan sempena Sidang Kemuncak Peringatan 25 Tahun Hubungan Dialog ASEAN-ROK, di sini yang berakhir esok.

Berita Harian X