Khamis, 11 Disember 2014 | 4:08pm

Najib minta Korea Selatan bergerak aktif bersama ASEAN jayakan RCEP

BUSAN: Datuk Seri Najib Razak meminta Korea Selatan bergerak aktif bersama ASEAN menjayakan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Selain rangka kerja RCEP, Perdana Menteri berkata, Korea Selatan dan ASEAN menjalin hubungan dalam sekurang-kurangnya tiga lagi rangka kerja, iaitu Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif, Kerjasama ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) serta Sidang Kemuncak Asia Timur.

"Melalui RCEP, 10 negara anggota ASEAN bersama enam rakan kongsi menyumbang 30 peratus kepada dagangan dunia dan menjelang pertengahan abad ini, boleh mencapai 50 peratus.

"Integrasi ekonomi yang lebih mendalam menerusi RCEP akan membawa peluang signifikan untuk ekonomi kami (ASEAN). Jadi, saya minta anda (Korea Selatan) bergerak aktif dengan kami untuk menjadikan RCEP satu realiti," katanya berucap pada sesi penutup Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ASEAN-Republik Korea (ROK), di sini sebentar tadi.

Berita Harian X