Sabtu, 24 Disember 2016 | 12:03am
MIX Grilled Combo. - Foto Azhar Ramli
MOHD Zaidi Shazali Hisham menunjukkan antara menu yang ditawarkan di Simpang Kafe. - Foto Azhar Ramli
AGLIO Olio Ayam Tandori. - Foto Azhar Ramli
MOHD Zaidi Shazali Hisham banyak mempelajari teknik penyediaan pelbagai hidangan masakan barat dengan betul ketika bertugas di Jumeirah Beach Hotel UAE, selaku Cef Pakar Masakan Asia. - Foto Azhar Ramli

Harga setimpal saiz makanan di Simpang Kafe

NASI Goreng Lamb Chop. - Foto Azhar Ramli

TERASA puas menikmati makanan cita rasa Barat di Simpang Kafe, Taman Sri Gombak, Batu Caves kerana saiz hidangannya yang besar tetapi harganya pula berpatutan.

Walaupun hanya kedai makan kecil terletak di hujung bangunan rumah kedai, tetapi cara penyediaan dan masakannya seperti menu yang disajikan di hotel atau restoran eksklusif.

Berharga RM15 untuk sepinggan Aglio Ayam Tandoori atau RM20 untuk nasi goreng lamb chop, mungkin mahal tetapi bagi penulis ia sepadan dengan kuantiti makan yang diberikan.

Bagi penulis sepinggan makanan yang disediakan itu sesuai untuk hidangan dua orang. Sekurang-kurangnya harga yang dikenakan itu mengubah andaian penulis bahawa kita boleh menikmati makanan Barat dengan murah kalau pandai mencari tempatnya.

MOHD Zaidi Shazali Hisham menyediakan makanan di Simpang Kafe. - Foto Azhar Ramli

Cef berpengalaman

Bagi penulis, setiap makanan yang ditawarkan di Simpang Kafe memang berbaloi dengan harganya.

Antara menu yang ditawarkan ialah Cream Pesto Grill Chicken Salad, Nasi Goreng Chicken Chop dan Mix Combo Grill.

Pemilik restoran ini, Mohd Zaidi Shazali Hisham, 36, dahulunya seorang chef di beberapa hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan di Dubai.

Ketika di Dubai, anak muda anak kelahiran Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur itu bertugas di Jumeirah Beach Hotel UAE, selaku Cef Pakar Masakan Asia.

Sepanjang di Dubai, beliau banyak mempelajari teknik penyediaan pelbagai hidangan masakan barat dengan betul.

Jadi anda tidak perlu risau dengan kualiti menu yang terhidang di kafe ini kerana segalanya disediakan oleh cef yang cukup berpengalaman.

NASI Goreng Chicken Chop. - Foto Azhar Ramli

Adunan ayam, daging cukup rasa

Daging grill atau panggang yang disajikan di kafe ini digemari ramai kerana ia mempunyai tekstur yang empuk dan dimasak dengan istimewa. Bagi penulis rasa, Aglio Olio Ayam Tandori sedap kerana cukup rasa.

Gabungan masin, manis, lemak dan lada mengikut cita rasa penduduk negara ini. Begitu juga rasa Nasi Goreng Lamb Chop, Nasi Goreng Chicken Chop dan Mix Combo Grill. Adunan daging dan ayam, semua cukup rasa, tidak seperti sesetengah restoran dan kafe agak tawar.

Selain itu anda boleh memesan macam-macam menu masakan Barat yang lain seperti salad, salad ayam, sup cendawan, calamati squid dan onion ring.

INFO

Simpang Kafe

No 2, Jalan SG 9/25,

Taman Seri Gombak, Batu Caves.

Telefon: 012 - 228 7674/017 - 373 4876

Waktu operasi: 3 petang hingga 12 malam

FAKTA

- RM15

Aglio Olio Chicken Tandori

- RM20

Sepinggan Nasi Goreng Lamb Chop

- RM15

Nasi Goreng Chicken Chop

- RM38

Mix Combo Grill

Berita Harian X