X
Ahad, 25 Disember 2016 | 12:05am
RANAU 14 DECEMBER 2016. ( KKB706U - KEMBARA ) Sebahagian daripada cerun mencabar di laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-sayat yang dinamakan Kota Belud Trail. Kota Belud Trail merupakan salah satu alternatif laluan dari Laban Rata ke puncak Gunung Kinabalu. STR/LANO LAN

RENJER Kanan Taman Kinabalu, Martin Moguring. - Foto Lano Lan
RENJER Kanan Taman Kinabalu, Martin Moguring. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN daripada 31 pendaki yang mencuba laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-sayat yang dinamakan Kota Belud Trail. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN daripada 31 pendaki yang mencuba laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-sayat yang dinamakan Kota Belud Trail. - Foto Lano Lan

Kota Belud Trail uji kecekalan tawan Gunung Kinabalu

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan hadir pada program Kembali Ke Sekolah di Kota Belud, hari ini. - Foto Malai Rosmah Tuah

SECARA purata 3,000 orang mendaki Gunung Kinabalu melalui Ranau Trail setiap bulan.

Statistik memberangsangkan itu mendorong Taman Taman Sabah (TTS) untuk memeriahkan lagi pendakian ke puncak dengan membuka laluan baharu yang lebih mencabar iaitu Denai Pendaki Kota Belud atau lebih dikenali Kota Belud Trail.

Laluan baharu itu dibuka secara rasmi pada 9 Disember lalu dengan 31 pendaki terdiri pasukan restorasi Gunung Kinabalu, media serta pendaki biasa melakukan pendakian pertama di laluan menghubungkan Panar Laban dengan pondok Sayat-Sayat, kira-kira 1.5 kilometer dari puncak gunung.

Keadaan curam dengan pendakian hanya menggunakan bantuan tali pada kawasan berbatu itu pastinya nampak menggerunkan bagi mereka yang kali pertama melihat laluan itu daripada Panar Laban.

Pembukaan Kota Belud Trail adalah alternatif kepada pendaki Gunung Kinabalu selain laluan di Ranau Trail yang dibuka 1 Disember 2015. Laluan pendakian ke gunung tertinggi di Asia Tenggara ini pernah ditutup selama enam bulan untuk dibaik pulih selepas berlaku gempa bumi bermagnitud 5.9 Ricther pada 5 Jun 2015.

SEBAHAGIAN daripada 31 pendaki yang mencuba laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-sayat yang dinamakan Kota Belud Trail. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN daripada 31 pendaki yang mencuba laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-sayat yang dinamakan Kota Belud Trail. - Foto Lano Lan

Permukaan batu licin

Bagi penulis yang turut menyertai ekspedisi Kota Belud Trail, pendakian di awal laluan mulanya tidaklah begitu menyusahkan, namun setibanya di kawasan air terjun dengan permukaan batu yang curam serta tidak rata, pendaki perlu lebih berhati-hati.

Selain permukaan batu yang licin kerana disirami air, pendaki perlu menggunakan teknik betul kerana jika tersalah langkah, sesuatu yang buruk mungkin berlaku.

Selain air terjun berkenaan, satu lagi laluan yang boleh dikatakan menguji keberanian ialah apabila melalui kawasan batu besar dengan laluan terletak pada bahagian tepi batu terbabit.

Difahamkan, antara tujuan laluan berkenaan dibina adalah bagi mengelak runtuhan sekiranya berlaku gempa bumi dengan pendaki boleh bersembunyi di sebalik batu jika berlaku runtuhan batuan.

Selain itu, meniti tangga dengan jarak satu langkah besar juga memberi cabaran kepada pendaki, lebih-lebih lagi tangga berkenaan terletak pada permukaan batu yang agak curam dan bagi mereka yang memiliki masalah gayat, ia pasti sukar.

PEMANDANGAN daripada laluan baharu yang dinamakan Kota Belud Trail yang menghubungkan Panar Laban dengan Sayat-sayat ke puncak Gunung Kinabalu. - Foto Lano Lan
PEMANDANGAN daripada laluan baharu yang dinamakan Kota Belud Trail yang menghubungkan Panar Laban dengan Sayat-sayat ke puncak Gunung Kinabalu. - Foto Lano Lan

Banyak lencongan

Selepas mendaki sejauh kira-kira 500 meter, kami berehat sebentar di satu kawasan permukaan batu yang rata, walaupun penat kami disajikan dengan pemandangan menakjubkan yang pastinya menyejukkan mata serta menghilangkan kepenatan.

Bermula pada babak kedua pendakian menerusi Kota Belud Trail, keadaan semakin mencemaskan apabila terpaksa melalui kawasan lebih curam sehingga 90 darjah, selain banyak lencongan.

Bagaimanapun, kata-kata semangat serta bantuan pasukan malim gunung yang turut menyertai pendakian menjadikan kami lebih tabah mengharungi setiap cabaran sehingga pada akhirnya selamat tiba di pondok Sayat Sayat, iaitu perhentian terakhir sebelum meneruskan misi menawan puncak.

Bagi penulis, laluan Kota Belud Trail memang mencabar dan pastinya memberi kesukaran kepada pendaki sekiranya tidak melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal.

Hasrat penulis mendaki sehingga ke puncak Gunung Kinabalu bagaimanapun tidak kesampaian berikutan program mengharungi Kota Belud Trail pada hari berkenaan diadakan waktu siang dan pendakian hingga ke puncak ketika itu tidak dibenarkan atas faktor keselamatan.

SEBAHAGIAN daripada 31 pendaki yang mencuba laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-sayat yang dinamakan Kota Belud Trail. - Foto Lano Lan
SEBAHAGIAN daripada 31 pendaki yang mencuba laluan baharu dari Laban Rata ke Sayat-sayat yang dinamakan Kota Belud Trail. - Foto Lano Lan

Guna pakaian, kasut bersesuaian

Renjer Kanan Taman Kinabalu, Martin Moguring, berkata selain persiapan dari segi mental dan fizikal, pendaki yang ingin menggunakan laluan Kota Belud Trail perlu menggunakan pakaian dan kasut sesuai.

"Cara pemakaian sangat penting kerana ia mempengaruhi pendakian terutamanya jenis kasut yang digunakan, jika kasut tidak sesuai, ia menyukarkan pendakian.

"Selain itu, mereka yang ingin menggunakan laluan berkenaan perlu mempunyai asas mendaki gunung," katanya sambil menambah pihaknya akan mencadangkan kepada pihak berkaitan bagi mengehadkan jumlah pendaki selain menyediakan peralatan serta kelengkapan keselamatan.

FAKTA:

* 33,550 pendaki dari Januari hingga Oktober 2016.

INFO: Kota Belud Trail

* Dibuka secara rasmi 9 Disember 2016.

* Antara cabaran termasuk laluan berbatu curam mencapai 90 darjah.

* Jarak laluan ke puncak Gunung Kinabalu sejauh 1.1 kilometer dari Panar Laban.

* Hampir keseluruhan laluan menempuh kawasan berbatu curam.

Berita Harian X