Isnin, 26 Disember 2016 | 2:27pm

Gabriel mahu kekal bersama Inter

GABRIEL Barbosa. - Foto AFP
GABRIEL Barbosa. - Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Gabriel Barbosa menafikan laporan bahawa dia tidak gembira bersama Inter Milan, sekali gus menegaskan yang dia mahu terus berada di kelab Serie A Itali itu.

Ejen Barbosa, Wagner Ribeiro, pada awal bulan ini berkata anak buahnya terasa 'diaibkan' kerana kurang mempunyai peluang sejak menyertai Nerazzurri pada September.

Media Brazil melaporkan yang pemain berusia 20 tahun itu boleh kembali ke kelab lamanya, Santos ataupun Belo Horizonte - pusat pengeluar pakaian Atletico Mineiro pada jendela perpindahan Januari ini.

Bagaimanapun, Barbosa menjelaskan hasratnya untuk kekal di Inter Milan, kelab di mana dia hanya beraksi selama tiga kali dalam tempoh hampir empat bulan.

"Saya berfikir mengenai kekal di Inter," katanya yang dipetik media Brazil. Saya harap untuk kekal di sini dan saya tahu ia memerlukan kesabaran.

"Saya amat gembira di Inter, saya hanya berada di sana selama tiga bulan dan berharap mempunyai peluang untuk terus bermain lagi." - Agensi

Berita Harian X