Khamis, 11 Disember 2014 | 9:21pm
KERETA Syarul Ridzwan terbalik di Jalan Sungai Ujong, Seremban, petang tadi. - Foto ihsan Instegram Syarul
KERETA Syarul Ridzwan terbalik di Jalan Sungai Ujong, Seremban, petang tadi. - Foto ihsan Instegram Syarul

Pelakon Syarul Ridzwan kemalangan

SEREMBAN: Pelakon drama Love You Mr Arrogant, Syarul Ridzwan terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Ujong di sini petang tadi.

Bagaimanapun, Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian jam 4.30 petang itu walaupun kereta Honda City dipandunya terbalik dan remuk teruk.

Syarul, menerusi akaun Instagram, memberitahu dia memandu berseorangan dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas selesai penggambaran drama di Linggi, Port Dickson.

"Ketika itu jalan licin sebab baru lepas hujan. Saya hilang kawalan tiba-tiba dan terlanggar pembahagi jalan menyebabkan kereta berpusing dua kali dan terbalik.

"Saya tak pengsan, tak luka, Alhamdulillah tak ada apa-apa," katanya.

Berita Harian X