Isnin, 26 Disember 2016 | 5:00pm

Anggota APM sertai operasi menyelamat hampir lemas

PASIR PUTEH: Seorang anggota penyelamat yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat remaja hilang di Pantai Tok Bali, di sini, hari ini, hampir lemas dipercayai akibat letih dan sesak nafas.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Azuan Dunia, 20, iaitu anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), diselamatkan anggota penyelamat lain dan dikejarkan ke ke Hospital Tengku Anis (HTA), di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata anggota APM itu kepenatan dan sesak nafas kerana berhadapan dengan cuaca hujan serta arus ombak yang kuat.

Keadaan beliau kini dilaporkan stabil.

Berita Harian X