Isnin, 26 Disember 2016 | 10:51pm

Aliran trafik PLUS perlahan setakat jam 10 malam ini

Trafik perlahan di kedua arah Port Dickson ke Senawang dan dari Pedas Linggi ke Port Dickson. - Foto Twitter LLM
Trafik perlahan di kedua arah Port Dickson ke Senawang dan dari Pedas Linggi ke Port Dickson. - Foto Twitter LLM

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dilaporkan bergerak perlahan setakat jam 10 malam ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Bhd berkata, trafik arah selatan bergerak perlahan dari Kuala Kangsar ke Sungai Perak, Lembah Beringin ke Bukit Tagar, Simpang Pulai ke Hentian Simpang Pulai dan Tapah ke Slim River.

"Selain itu, trafik juga bergerak perlahan selepas Tanjung Malim menuju ke Sungai Buaya berikutan jumlah trafik yang meningkat ketika ini," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih bergerak perlahan sepanjang empat kilometer menghampiri Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -- BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X