Khamis, 29 Disember 2016 | 10:08am

Debbie Reynolds meninggal dunia

LEGENDA filem Hollywood, Debbie Reynolds. - Foto AP
LEGENDA filem Hollywood, Debbie Reynolds. - Foto AP

LOS ANGELES: Legenda filem Hollywood, Debbie Reynolds meninggal dunia hari ini, sehari selepas kematian anaknya, aktres ternama Carrie Fisher, lapor media Amerika Syarikat.

Beliau berusia 84 tahun.

"Mendiang mahu bersama-sama dengan Carrie," kata anak lelaki mendiang, Todd Fisher yang dipetik sebagai berkata kepada Variety, beberapa jam selepas bintang itu rebah di kediamannya di Beverly Hills dan dikejarkan ke hospital. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X