Jumaat, 30 Disember 2016 | 12:02am
MODEL memperagakan fabrik songket sentuhan rekaan moden. - Foto Adi Safri
MODEL memperagakan fabrik songket sentuhan rekaan moden. - Foto Adi Safri

Rekaan moden dan klasik

DAME Zandra Rhodes bergambar bersama modelnya pada acara A Journey Through Time X, berlangsung di ruang legar pusat beli- belah, Starhill Gallery, Bukit Bintang di Kuala Lumpur, baru-baru ini. -Foto Adi Safri

MUNGKIN ramai berpendapat, tekstil tempatan seperti tenun dan songket hanya memenuhi selera tempatan.

Namun bijak percaturan, menjadikan fabrik itu mendapat tempat di hati ramai orang termasuk

pereka fesyen dan pencipta fabrik, terkemuka Britain, Dame Zandra Rhodes yang sememangnya menggemari fabrik warisan bangsa itu.

Kemunculannya pada acara A Journey Through Time X, berlangsung di ruang legar pusat beli- belah, Starhill Gallery, Bukit Bintang di Kuala Lumpur, baru-baru ini, mencuri tumpuan peminat fesyen tempatan.

Beliau tampil bersama fabrik tempatan tenun dan songket yang diperindahkan dengan teknik potongan dan perincian.

MODEL memperagakan fabrik songket sentuhan rekaan moden. - Foto Adi Safri

Idea memukau

Antara yang diperkatakan hadiri ialah penggunaan fabrik tenun berwarna merah hati, dengan sentuhan rekaan moden menerusi gaun labuh Inggeris kolar tinggi.

Gandingan fabrik sifon dan renda menyerlah gaya mewah yang cuba ditonjolkan.

Pereka berusia 76 tahun ini turut menampilkan songket baharu yang dihasilkan daripada tenunan poliester dan lurex.

Beliau menyerlahkan gaya kewanitaan menerusi teknik potongan bertingkat dan menyerong.

Kelebihan teknik berkenaan bukan saja memberi illusi pemakai lebih langsing, tetapi turut menyerlahkan gaya keanak-anakan seorang wanita.

Zandra juga berjaya 'mengikat' mata hadirin pada pentas fesyen apabila menyerlahkan gaun labuh ala puteri raja, daripada fabrik sifon berlipat berwarna keemasan yang sangat memukau pandangan.

KEBIJAKSANAAN Zandra mempertemukan ilham tradisi dan masa depan, menyaksikan seni songket digabungkan dengan sifon, ternyata menyerlahkan elemen lembut dan eksklusif dalam berkenaan. - Foto Adi Safri

Berbakat sejak muda

Bagi yang tidak mengenali, pereka fesyen dengan jenama Zandra Rhodes bermula dengan pereka tekstil. Beliau banyak menghasilkan pakaian untuk insan ternama dan popular termasuk mendiang Puteri Diana.

Sejak tahun 2000 kerjaya Zandra terus berkembang apabila turut terbabit dalam mereka set dan kostum untuk opera.

Antara pencapaian beliau ialah menubuhkan Muzium Fesyen dan Tekstil London yang dibuka secara rasmi, pada Mei 2003. Dibangunkan oleh arkitek Mexico, Ricardo Legorreta kombinasi merah jambu dan oren yang sangat menakjubkan, suatu sanjungan kepada seorang pereka yang bukan semua orang boleh miliki.

DAME Zandra Rhodes menampilkan rekaan fabrik tempatan tenun dan songket yang diperindahkan dengan teknik potongan dan perincian. - Foto Adis Safri

Gandingan tradisi dan moden

A Journey Through Time X, nyata membuka mata hadirin mengenai keindahan fabrik tempatan. Kebijaksanaan Zandra mempertemukan ilham tradisi dan masa depan, menyaksikan seni songket digabungkan dengan sifon, ternyata menyerlahkan elemen lembut dan eksklusif dalam berkenaan.

Keindahan idea dihasilkan Zandra mampu menyerlahkan dimensi dan gaya berbeza daripada rekaan sedia ada.

Apa yang ditonjolkan pereka dihormati ini, wajar membuka mata pereka tempatan terus bereksperimentasi dengan kemewahan fabrik tempatan yang nyata memukau pandang.

REKAAN Dame Zandra Rhodes mencuri tumpuan peminat fesyen tempatan. - Foto Adi Safri

Info: Zandra Rhodes

  • Sinonim berambut merah jambu sejak muda.

  • Pernah mencipta pakaian untuk beberapa individu terkenal seperti Puteri Diana, Jackie Onassis, Elizabeth Taylor dan Freddie Mercury iaitu salah seorang ahli dari kumpulan rock 'Queen'.

  • Minat mendalamnya terhadap fesyen sebenarnya banyak diterapkan

  • Dipengaruhi oleh ibunya yang pernah berkhidmat dengan rumah fesyen di Paris.

  • Meneruskan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Medway College of Art.

  • Rekaan dramatik dan glamor.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X