Sabtu, 31 Disember 2016 | 12:09am
CAMPURKAN serbuk cili merah di dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN serbuk cili merah di dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN cili hijau ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN cili hijau ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Resipi Ayam Kurchan dari India

HIDANGAN ayam diperam dengan rempah-ratus pikat selera. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
HIDANGAN ayam diperam dengan rempah-ratus pikat selera. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

INDIA dikenali sebagai tanah yang kaya dengan hasil tanaman rempah-ratus selama berabad lamanya, sekali gus menjadikan negara itu mewah dengan pelbagai gaya persiapan makanan.

Makanan India pelbagai gaya menjadikannya antara tarikan pilihan hidangan yang sentiasa mahu dicuba oleh penggemar makanan dari seluruh dunia.

Buat penggemar hidangan bercita rasa dari India, kini anda tidak lagi perlu terbang jauh ke negara itu semata-mata untuk mendapatkan menu dari negara kaya dengan rempah-ratus masakan itu.

Resipi asli

Kini, anda boleh mencuba sendiri salah satu resipi asli dari India seperti kurchan yang bukan saja enak dengan rasa rempah-ratus diperam bersama pilihan daging kambing atau ayam.

Menggunakan rempah-ratus asli dan serbuk lada, khurchan adalah hidangan daging dimasak secara perlahan di atas pinggan panas dengan kesan terbakar sekali gus memberikan rasa unik hidangan itu.

Sempena promosi 'Taste Of India' diketengahkan Hotel Renaissance, Sous Cef Himanshu Roye menyajikan rahsia resipi masakan India bakal memikat hati anda seisi keluarga.

BAHAN-bahan yang diperlukan untuk membuat Ayam Kurchan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
BAHAN-bahan yang diperlukan untuk membuat Ayam Kurchan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Bahan :

* 300 gram (g)- Isi ayam

* 5 sudu kecil - Chaat Masala

* 5 sudu kecil - Daun ketumbar (dicincang)

* 10 g - serbuk kunyit

* 5 g - pes halia dan bawang putih

* 5 - g halia

* 2 batang cili hijau (dihiris)

* 15 mililiter (ml) - Jus lemon

* 40 g - Bawang (dipotong bulat)

* 40 g - Lada bengala (dihiris)

* 20 g - Serbuk lada merah

* 50 g - Tomato (dicincang halus)

* 20 g - Garam Masala

* 10 ml - Minyak masak

* Garam secukup rasa

Langkah demi langkah:

1. Tuang minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak lalu campurkan bawang.

PANASKAN minyak. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PANASKAN minyak. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

GORENGKAN bawang sehingga layu. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
GORENGKAN bawang sehingga layu. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

2. Tambah pes halia dan bawang putih dan lada hijau.

3. Masukkan ayam sudah dicincang halus dan gaul rata dengan bahan-bahan tadi.

CAMPURKAN hirisan ayam ke dalam kuali. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN hirisan ayam ke dalam kuali. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

4. Campurkan tomato sudah dicincang dan masak sebentar.

CAMPURKAN tomato yang dipotong dadu ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN tomato yang dipotong dadu ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

5. Tambahkan garam, chaat masala, serbuk lada merah, garam masala, ketumbar dicincang dan halia dihiris halus.

CAMPURKAN bawang putih dan halia ke dalam kuali. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN bawang putih dan halia ke dalam kuali. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

6. Masukkan pula lada bengala dihiris dan kacau rata bahan-bahan selama beberapa minit.

CAMPURKAN cili merah ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN cili merah ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

7. Siap untuk dihidang.

CAMPURKAN daun ketumbar ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
CAMPURKAN daun ketumbar ke dalam gorengan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Info:

  • Rempah ratus ada di India terdiri dari kategori bunga, daun, akar, kulit atau biji dari pokok.
  • Kerap guna serbuk lada.
  • Banyak memberi manfaat pada kesihatan.
  • Rempah ratus membangkitkan lagi aroma masakan.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X