Khamis, 5 Januari 2017 | 7:46am

Hujan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak pagi ini

KUALA LUMPUR: Hujan diramalkan sepanjang pagi ini di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata di Johor; Kudat, Pedalaman dan Sandakan di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan serta Betong, Bintulu, Kuching, Limbang, Miri, Mukah dan Samarahan di Sarawak, dijangkakan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai.

Di Kelantan dan Terengganu pula dijangkakan hujan di satu dua tempat manakala, tiga negeri di utara iaitu Kedah; Perlis dan Pulau Pinang diramalkan ribut petir di satu dua tempat.

Cuaca mendung diramalkan di Perak serta tempat lain di Sarawak.

Hujan dijangka berterusan pada sebelah petang di satu dua tempat di Kelantan dan Terengganu dan Sabah manakala, semua tempat dalam negeri di Semenanjung diramalkan ribut petir serta di Sarawak.

Pada sebelah malam pula, hanya satu dua tempat di Perak diramalkan menerima hujan begitu juga kawasan Pantai Barat, Pedalaman serta Sandakan di Sabah dan lain-lain tempat cuaca dijangka baik manakala, Labuan, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat.

Hujan di satu dua tempat dalam semua kawasan di Sarawak diramalkan malam ini.

Berita Harian X