Khamis, 5 Januari 2017 | 10:42am
SEPASANG suami isteri peniaga tempe maut apabila dirempuh sebuah kereta terbabas di Kilometer 86.8 Jalan Kota Tinggi - Kluang, tengah malam tadi. - Foto Polis
SEPASANG suami isteri peniaga tempe maut apabila dirempuh sebuah kereta terbabas di Kilometer 86.8 Jalan Kota Tinggi - Kluang, tengah malam tadi. - Foto Polis

Suami isteri peniaga tempe maut, 2 parah nahas

MANGSA maut dan motor yang dinaiki. - Foto Polis
MANGSA maut dan motor yang dinaiki. - Foto Polis

KLUANG: Sepasang suami isteri peniaga tempe maut apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta di Kilometer 86.8 Jalan Kota Tinggi - Kluang, tengah malam tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 tengah malam itu, Aziz Jaspir, 53, dan isterinya, Haslinda Jalil, 47, maut di tempat kejadian.

Pemandu kereta terbabit, Khong Kah Man, 29, serta adiknya yang juga penumpang hadapan kereta berkenaan, Khong Kah Sun,20, pula cedera parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang.

Kereta terbabit merempuh batu besar selepas terbabas apabila melanggar motosikal pasangan suami isteri itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham, berkata pasangan suami isteri berkenaan hampir tiba di rumah mereka.

"Pasangan suami isteri menaiki motosikal dari Taman Makmur menghala ke rumah namun dirempuh sebuah kereta dari arah bertentangan yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Tempat kejadian adalah jalan lurus selepas selekoh yang mempunyai simpang empat namun permukaan jalan basah berikutan terdapat limpahan air paip bocor di selekoh jalan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X