Khamis, 5 Januari 2017 | 11:40am

Honda BR-V, crossover CKD mampu milik RM85,800


Noriaki (kiri) dan Katsuto pada pelancaran Honda BR-V di Kuala Lumpur, pada Khamis.- Foto Mohd Zaky Zainuddin

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia memperkenalkan model crossover mampu milik pertamanya yang dikenali sebagai BR-V.

Model tujuh tempat duduk itu ditawarkan dengan dua varian yang dijual pada harga atas jalan RM85,800 bagi varian E dan RM92,800 (varian V).

Model pemasangan tempatan  (CKD) di kilang pemasangan Honda di Melaka itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi sebentar tadi.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Operasi bagi Operasi Serantau (Asia & Oceania) Honda Motor Co Ltd yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asian Honda Motor Co Ltd, Noriaki Abe dan Ketua Projek Besar Honda Motor, Atsushi Arisaka.

Honda BR-V dibuka untuk tempahan pada 1 Disember lalu di 88 pusat pengedar sah Honda di seluruh negara.

Berita Harian X