;
Khamis, 5 Januari 2017 | 12:05pm

Kuala Krai pulih, tujuh daerah masih banjir


JALAN utama Kuala Nal yang menghubungkan lima buah kampung seperti Kampung Bukit Sireh dan Kampung Sungai Nal dinaiki air sedalam 1.5 meter akibat hujan tanpa henti sejak Sabtu lalu. -Foto Fathil Asri

KOTA BHARU: Pusat pemindahan banjir di Kuala Krai kini ditutup selepas daerah itu pulih sepenuhnya daripada bencana itu.

Bagaimanapun, mangsa pemindahan banjir bagi tujuh daerah lain kini semakin meningkat kepada 14,132 dengan 5,046 keluarga yang ditempatkan di 53 pusat pemindahan.

Tujuh daerah yang masih dilanda banjir adalah Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Sebelum ini, Jeli yang mencatatkan jumlah mangsa paling ramai sudah pulih sepenuhnya, selepas kesemua pusat pemindahan di daerah itu ditutup.

Sehingga jam, 11.30 tengah hari ini, Pasir Mas masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 10,483 mangsa daripada 3,924 keluarga yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan.

Di Tumpat pula terdapat seramai 2,196 mangsa dengan 729 keluarga; Kota Bharu 685 mangsa (179) keluarga; Pasir Puteh 603 mangsa (172 keluarga); Bachok 114 mangsa (28 keluarga) dan Tanah Merah 25 mangsa (sembilan keluarga).

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras bahaya manakala Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah pula catat paras amaran.

414 dibaca
Berita Harian X