Khamis, 5 Januari 2017 | 12:35pm
PELAKON dan pengacara, Yasmin Hani.

Yasmin Hani tunjuk gambar anak kedua


YASMIN Hani berkongsi gambar anak keduanya, Eissa Elzander Wong. - Sumber Instagram

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, Yasmin Hani memuat naik gambar anak kedua yang diberi nama Eissa Elzander Wong yang dilahirkan 27 Disember lalu di laman Instagram, semalam.

Lebih comel, anak pertamanya, Noah Ismail Wong bergambar sama. Eissa dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada jam 2.07 petang.

Gambar dua beradik itu dirakamkan @talestotell itu mendapat lebih 10,000 'likes' dan dihujani lebih 100 komen dan ucapan tahniah kepada Yasmin dan suaminya, Shaarin.

Malah, Instagram rasmi Eissa sudah diwujudkan di bawah nama @EissaElzanderWong.


SUMBER Instagram.

Yasmin meluahkan rasa bersyukur atas kelahiran bayi keduanya itu pada keterangan gambar yang berbunyi:

"Mengumumkan anak kedua kami, Eissa Elzander Wong. Semoga Allah melindungi dan merahmati ahli baharu keluarga kami ini. Semoga Allah limpah kurniakan keberkatan, kasih sayang dan kesihatan kepada keluarga kecil kami ini...Selamat datang ke dunia Eissa.

"Noah kata dia akan jaga Eissa."

Yasmin Hani pernah mengendalikan program Muzik@Ria dan terkenal dengan tagline Watchaaa. Dia juga berlakon dan aktif bersenam bersuami suami, Shaarin yang bertubuh 'sado'.

71 dibaca
Berita Harian X