Khamis, 5 Januari 2017 | 3:00pm
HC Chan. - Foto Asyraf Hamzah

Sunway Velocity Mall sasar 2 juta pengunjung sebulan


SUNWAY Velocity Mall.

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah kelima Sunway Malls, Sunway Velocity Mall di Cheras dijangka menerima kira-kira dua juta pengunjung sebulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli Belah dan Taman Tema Sunway Group, H C Chan, berkata Sunway Velocity mampu memberi pengalaman membeli belah unik kepada pengunjung selain pemilihan lokasi yang strategik.

"Sunway Velocity yang dibuka pada kepada orang ramai bermula Disember lalu mencatatkan jumlah pengunjung yang tinggi.

"Meski pun kita masih berdepan dengan situasi mencabar tahun ini, kami yakin mampu mencapai sasaran pengunjung berdasarkan trend masyarakat hari ini yang mahukan tempat mengisi masa lapang terbaik bersama keluarga serta rakan," katanya pada pelancaran sambutan Tahun Baru Lunar di Sunway Velocity, hari ini.

Sunway Velocity Mall membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.6 bilion yang dijangka memberi pengalaman membeli-belah unik kepada kira-kira 1.72 juta penduduk di kawasan sekitarnya. 

Tarikan terbaru di Cheras itu adalah sebahagian daripada komponen pembangunan bercampur bagi Sunway Velocity yang memiliki keluasan sehingga 9.30 hektar dengan GDV keseluruhan sebanyak RM3.6 bilion. 

Info

- Sunway Velocity adalah pusat beli-belah setinggi tujuh tingkat dan ruang runcit satu juta kaki persegi.

90 dibaca
Berita Harian X