Jumaat, 6 Januari 2017 | 10:00am
Gaun malam Miss Universe Pageant diumumkan Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal mempamerkan pereka oleh Rizman Ruzaini di Marini On 57, Menara Berkembar Petronas 3, Kuala Lumpur. - Foto Amirudin Sahib

Busana potongan jumpsut yang diperincikan dengan hiasan menara berkembar itu seberat enam kilogram turut diperindahkan perak dan batu Swarovski direka oleh pereka duo Rizman Ruzaini. - Foto Amirudin Sahib

Baju ilham Menara Berkembar Petronas

Pakaian Twin Towers Kebangsaan digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal dengan pereka Rizman Ruzaini di Marini On 57, di Menara Berkembar Petronas 3, Kuala Lumpur. - Foto Amirudin Sahib

Kuala Lumpur: Menara Berkembar Petronas yang menjadi lambang kebanggaan negara dijadikan inspirasi dalam rekaan busana bakal digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal, 20, pada pertandingan Miss Universe 2017, di Manila, Filipina, pada 30 Januari ini.

Busana potongan jumpsut yang diperincikan dengan hiasan menara berkembar itu seberat enam kilogram turut diperindahkan perak dan batu Swarovski direka oleh pereka duo Rizman Ruzaini.

Rizman Nordin berkata, tugasan menghasilkan rekaan itu adalah tanggungjawab paling besar pernah diterima kerana membawa bersama nama dan imej negara.

Katanya, rekaan ini nampak luar biasa dan dihasilkan selepas membuat pelbagai penyelidikan terhadap motif kostum yang bakal digayakan oleh peserta ratu dunia itu.

"Tahun lalu, pemenang Miss Universe 2016, Chalita Namtan Suansane dari Thailand yang juga menggayakan busana dengan simbol negara itu, pengangkutan awam, iaitu tuk tuk dipilih sebagai pakaian kebangsaan terbaik.

"Justeru, kami berharap masyarakat dapat menyokong dan menerima baik rekaan ini," katanya ketika ditemui pada pratonton pakaian Miss Universe Malaysia 2017, di sini, semalam.

Kiran Jassal juga akan menggayakan dua pakaian lain iaitu gaun petang dan satu lagi rekaan masih dirahsiakan.

Promosi nama Malaysia

Mengulas mengenai idea itu, Riz-man berkata menara ikonik itu dijadikan inspirasi kerana sinonim dengan negara dan sekali gus dapat mempromosi nama Malaysia di mata dunia.

Rizman Ruzaini yang juga pemenang Anugerah Pesona Tenun Berita Harian 2010, berkata perancangan menghasilkan busana ini dilakukan selama setahun dan pakaian ini berjaya disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

Sementara itu, Kiran berkata, beliau berbangga berpeluang menggayakan koleksi itu yang dianggap begitu mengagumkan dan dihasilkan oleh pereka popular di negara ini.

"Saya sudah bersedia menyertai pertandingan ini. Setakat ini Malaysia belum pernah mencatatkan rekod kemenangan dalam pertandingan terbabit, jadi saya akan mencuba yang terbaik.

"Persiapan terakhir termasuk mengikut kelas catwalk, latihan vokal dan ucapan awam. Penyertaan saya antara sumbangan kepada negara khususnya dalam mengangkat Malaysia pada tahap tertinggi dalam bidang ini," katanya.

Miss Universe 2017 edisi ke 65, di Manila itu akan disertai oleh 110 jelitawan dari negara masing-masing.

Peserta bukan saja dilihat rupa paras, malah diuji dari segi kebijaksanaan, persembahan pakai-an dan kebudayaan untuk dinobatkan sebagai ratu dunia.

Tiga kategori permarkahan meliputi temuduga personaliti, pemakaian gaun petang dan pakaian renang.

Berita Harian X