Sabtu, 7 Januari 2017 | 2:00pm

Anak lemas gara-gara leka bermain telefon bimbit


KELIHATAN ibu kanak-kanak malang yang leka bermain telefon tidak menyedari anaknya lemas (gambar bulatan). - Foto http://www.mirror.co.uk/

XIANYANG: Gara-gara leka bermain telefon, seorang ibu kehilangan anaknya selama-lamanya apabila didapati mati lemas ketika mandi manda di sebuah kolam renang di Ocean Spring Resort, dekat sini.

Insiden berlaku pada Selasa lalu yang berjaya dirakam CCTV apabila kanak-kanak lelaki berusia empat tahun itu dilihat terkapai-kapai dalam kolam renang dan jarak hanya dua meter dari ibunya.

Ketika insiden, ibunya sedang leka dengan telefonnya dan tidak menyedari anaknya itu hilang dan meminta kakitangan kolam renang untuk mencarinya.

Menurut thepaper.cn memetik artikel akhbar Hua Shang Daily, usaha mencari selama lebih sejam akhirnya menjumpai mayat anaknya di dasar hujung kolam yang mempunyai kedalaman 1.1 meter.

Rakaman CCTV yang disiarkan oleh People Daily dalam laman sesawang Twitter menunjukkan kanak-kanak itu terkapai-kapai selamat tiga minit sebelum lemas.

Ibunya yang dikenali sebagai Xiao memberitahu Hua Shang Daily bahawa beliau berada pada jarak dua meter dari anaknya ketika sedang memeriksa telefonnya.

"Jika saya tahu perkara ini terjadi, saya tidak mungkin membawanya ke sini," katanya.

Berita Harian X