Ahad, 8 Januari 2017 | 1:42am

Ronaldo bantu Real samakan rekod Barcelona

 CRISTIANO Ronaldo - Foto EPA
CRISTIANO Ronaldo - Foto EPA

MADRID: Cristiano Ronaldo meraikan kejayaan keempat Ballon d'Or dan menjaringkan gol pertama pada 2017 ketika Real Madrid menyamai rekod Barcelona di liga Sepanyol dengan 39 perlawanan tanpa kalah menerusi kemenangan 5-0 mengatasi pasukan bawahan Granada hari ini.

Pemain Portugal itu diberi penghormatan oleh pemenang Ballon d'Or sebelum ini yang pernah bermain buat Madrid termasuk Luis Figo, Ronaldo, Michael Owen dan jurulatihnya Zinedine Zidane sebelum sepak mula.

Dan rentetan perlawanan tanpa kalah Real bermula sejak April tahun lalu berterusan sejak permulaan aksi apabila mereka menjaringkan empat gol dalam tempoh setengah jam pertama.

Isco dan Karim Benzema menjaringkan gol dari jarak dekat sebelum Ronaldo, yang direhatkan ketika kemenangan 3-0 Real pada saingan Copa del Rey mengatasi Sevilla pada pertengahan minggu, meledak menerusi tandukan hasil hantaran Marcelo.

Satu lagi penyudah mudah daripada Isco menjadikan kedudukan 4-0 sebelum rehat dan Casemiro menyudahkan sepakan percuma James Rodriguez untuk gol kelima selepas bermula babak kedua. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X