Ahad, 8 Januari 2017 | 7:47am

Insiden godam 'tak jejas' pilihan raya: Trump

DONALD Trump
DONALD Trump

WASHINGTON: Donald Trump, kelmarin menegaskan bahawa insiden menggodam tidak mempengaruhi pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat laporan perisikan yang menyalahkan Presiden Russia, Vladimir Putin dalam kempen siber bagi memastikan Hillary Clinton tersingkir daripada pemilihan ke Rumah Putih.

Walaupun bakal Presiden AS itu dengan tegasnya menolak kesimpulan komuniti perisikan bahawa wujud campur tangan Russia dalam pilihan raya berkenaan, Trump masih menerima kemungkinan bahawa Moscow terbabit dalam insiden pencerobohan yang mensasarkan AS, termasuk terhadap Jawatankuasa Kebangsaan Demokrat.

Selepas mengadakan pertemuan dengan empat ketua perisikan, Trump turut mengakui serangan siber oleh Russia, China dan lain-lain negara mengancam institusi, parti politik dan perniagaan negara itu.

Namun, Trump menolak kesimpulan yang dibuat ketua perisikan bahawa Moscow pernah cuba mempengaruhi Pilihan Raya AS pada 2016 dengan menggodam dan membocorkan dokumen bagi meningkatkan popularitinya. - AGENSI

Berita Harian X