Ahad, 8 Januari 2017 | 3:36pm
SEBAHAGIAN sukarelawan pasca banjir membersihkan sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara yang turut ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Tumpat. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

JPN, PPD lakukan pembersihan sekolah

SEBAHAGIAN sukarelawan pasca banjir membersihkan sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara yang turut ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Tumpat. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) hari ini memulakan operasi membersihkan sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selain ditenggelami banjir.

Penyelaras Sekretariat Pasca banjir JPN, Dr Ahmad Mat Yani Muhamad, berkata sejak banjir melanda Kelantan bermula 31 Disember lalu, sebanyak 73 buah sekolah terpaksa ditutup.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 65 buah sekolah dibuka untuk dijadikan PPS dan sehingga ini, sebanyak 12 buah sekolah masih belum beroperasi sepenuhnya, masing-masing enam sekolah di PPD Tumpat dan Pasir Mas.

"Operasi yang dilakukan hari ini mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga sukarelawan persendirian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau keadaan lokasi pembersihan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor Satu (1). Turut hadir, Pegawai PPD Tumpat, Omar Muhammad dan Guru Besar sekolah berkenaan, Ab Rahim Che Hamid.

Ahmad Mat Yani berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti jumlah kerosakan yang dialami sekolah di negeri berkenaan akibat banjir.

"JPN sudah mengarahkan agar pihak PPD menyenaraikan data dan mendapatkan maklumat mengenai sebarang kerosakan sekolah sebelum di bawa ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya.

Berita Harian X