Isnin, 9 Januari 2017 | 12:09pm

Pusat pemindahan di Rantau Panjang ditutup

KOTA BHARU: Rantau Panjang yang sebelum ini mencatatkan mangsa banjir paling ramai sehingga lebih 10,000 penduduk, hari ini pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan di kawasan berkenaan ditutup mulai jam 11 pagi.

Semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing dan kebanyakan penduduk kini mula membersihkan kawasan rumah selepas hampir seminggu dilanda banjir.

Berdasarkan portal e-Banjir setakat jam 11 pagi ini, hanya 610 mangsa daripada 194 keluarga berada di dua pusat pemindahan di daerah Tumpat.

Di Tumpat, fenomena 'banjir termenung' di beberapa kawasan menyebabkan masih terdapat penduduk yang berada di pusat pemindahan, meskipun cuaca kembali normal sejak beberapa hari lalu.

21 dibaca
Berita Harian X