Isnin, 9 Januari 2017 | 3:44pm
LAMAN portal e-Banjir di http://ebanjir.kelantan.gov.my/

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya


Sebahagian murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1 gembira sambil mengaminkan doa setelah sekolah mereka mulai dibuka hari ini setelah beberapa hari lalu ditutup akibat banjir, limpahan Sungai Golok yang melanda di situ. - Foto NSTP/Fathil Asri

KOTA BHARU: Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya hari ini selepas semua pusat pemindahan ditutup bermula jam 3 petang hari ini.

Rantau Panjang yang sebelum ini mencatat bilangan mangsa paling tinggi melebihi 10,000 orang, turut kembali le asal.

Berdasarkan portal e-Banjir, seramai 46 mangsa terakhir yang berada di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 1 mula dibenarkan pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tadi.

Penduduk yang terjejas banjir dalam proses membersihkan kediaman yang dibanjiri lumpur akibat banjir yang melanda sejak seminggu lalu.

Kelantan mula dilanda banjir pada 31 Disember lalu di tujuh daerah dengan hampir 15,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

18 dibaca
Berita Harian X