Selasa, 10 Januari 2017 | 6:06pm

Sengsara cincin tersekat di kemaluan


SEORANG lelaki dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, bagi menjalani pembedahan menanggalkan cincin yang tersekat pada kemaluannya.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, bagi mengeluarkan cincin yang tersekat pada kemaluannya sehingga membengkak.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata lelaki tempatan berusia 41 tahun itu kini menjalani pembedahan di HSA bagi mengeluarkan cincin berkenaan selepas menanggung kesakitan selama hampir tiga hari.

"Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru di sini, menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2 petang tadi berhubung kejadian berkenaan.

"Bagaimanapun, pihak bomba tidak menjalankan operasi memotong cincin berkenaan dan kes itu diserahkan kepada pihak hospital yang melakukan pembedahan bagi mengeluarkan cincin itu," katanya.

299 dibaca
Berita Harian X