Selasa, 10 Januari 2017 | 11:47pm
 DAR ES SALAAM.- Foto AP
DAR ES SALAAM.- Foto AP

12 dikhuatiri maut feri karam di Tanzania

DAR ES SALAAM: Seorang pegawai kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 12 orang dikhuatiri maut selepas sebuah feri karam dalam ribut ganas di Tanzania, namun tidak jelas berapa ramai yang hilang.

Laporan berhubung jumlah yang terselamat tidak dipastikan. Pengarah Pihak Berkuasa Maritim Zanzibar, Abdullah Hussein berkata, 28 mangsa ditemui setakat ini.

Komander polis serantau, Benedict Wakulyamba berkata, lebih 40 diselamatkan. Feri terbabit karam di luar bandar pelabuhan Tanga.

Hussein berkata, laporan awal mengatakan tidak lebih 60 orang berada di dalamnya, bersama sejumlah besar kargo.

Usaha pencarian dan menyelamat diteruskan. -AP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X