Rabu, 11 Januari 2017 | 8:23pm

Media Prima rakam takziah


Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri FD Iskandar. - Foto NSTP/Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atas kehilangan Ketua Menteri Sarawak, hari ini.

Pengerusi Kumpulan MPB, Datuk Seri FD Iskandar berkata, sebagai pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat, Allahyarham banyak menyumbang jasa dalam menjaga kebajikan rakyat serta pembangunan Sarawak dan Malaysia.

"Semoga segala bakti Allahyarham menjadi titipan pahala yang berpanjangan dan menjadi contoh serta ikutan orang terkemudian. Al-Fatihah," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, hari ini.

dibaca
Berita Harian X