Rabu, 11 Januari 2017 | 10:25pm

Faiz disambut meriah di Bayan Lepas

BAYAN LEPAS: Kepulangan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri disambut meriah oleh seluruh ahli keluarga dan peminatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTAPP), di sini, sebentar tadi.

Ketibaan Faiz disambut dengan pelukan daripada kedua ibu bapanya, selain diiringi sorakan hebat kalangan penyokong.

Bapanya, Subri Kader, 64, berkata keluarganya bersyukur kerana Faiz berjaya membawa pulang trofi yang cukup bermakna bagi rakyat Malaysia.

"Ini juga akan menjadi motivasi untuk pasukan Harimau Kumbang dan terus melakar kemenangan pada setiap perlawanan.

Sementara itu, Faiz berterima kasih kepada keluarga, pasukan FAP, selain peminat yang mengundinya sambil mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas sokongan semua pihak.

"Saya akan tumpu pada latihan untuk mewakili Pulau Pinang pada Liga Super 2017, selain berharap dapat menganggotai pasukan kebangsaan musim ini," katanya.

Terdahulu, kerajaan negeri turut mengumumkan sumbangan RM50,000 kepada Faiz sebagai sagu hati atas kemenangannya itu.

27 dibaca
PEMENANG Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri menerima ciumam pelukan oleh ibunya Saadiah Ishak, 55 (kanan) dan bapanya Subri Kader, 64, (tiga dari kanan) ketikadisambut ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Penyerang sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz melakar sejarah bola sepak negara dan Asia menerusi jaringan ajaib dan mengetepikan dua pencabar terdekatnya, Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez. - Foto Danial Saad
MOHD Faiz Subri disambut peminat ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. - Foto Danial Saad
Berita Harian X