Rabu, 11 Januari 2017 | 11:28pm

Saham global dan dolar meningkat

LONDON: Saham global dan dolar meningkat hari ini sebelum sidang media bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang mana beliau dijangka memberikan butiran lebih lanjut mengenai rancangannya untuk ekonomi negara itu.

Kempen Trump pada pilihan raya Presiden AS baru-baru ini yang antaranya mencadangkan pemotongan cukai dan menambah perbelanjaan infrastruktur telah meningkatkan saham negara itu dan dolar.

Namun, kenyataan Trump mengenai dasar perlindungan dan kenyataan panas menerusi Tweet telah menyebabkan ramai pelabur enggan menambah kedudukan berisiko.

Indeks FTSE UK 100 bersedia untuk meneruskan hari ke-12 berturut-turut untuk mencatat rekod keuntungan manakala saham Eropah naik 0.2 peratus.

Pasaran niaga hadapan saham di Wall Street kukuk 0.1 peratus lebih kukuh, walaupun rali pasca pilihan raya memperlihatkan tanda-tanda gagal bertahan.

Trump berikrar untuk melabelkan China sebagai manipulator mata wang pada hari pertama beliau memegang jawatan pada 20 Januari ini dan mengugut untuk mengenakan tarif import yang tinggi dari China.

Dolar menokok lebih tinggi berbanding yen pada hari ini, dan 0.4 peratus lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang yang digunakan untuk mengukur kekuatan secara lebih luas.

Dolar mencatatkan kenaikan besar sejak pilihan raya Presiden AS pada November lalu kerana pelabur menjangka beliau akan meningkatkan perbelanjaan awam dan merangsang penghantaran balik dana luar negara oleh syarikat AS serta inflasi dan kadar faedah yang lebih tinggi.

Sementara itu, Sterling meningkat ke arah paras terendah 10 minggu berbanding dolar susulan tekanan kebimbangan bahawa Britain akan keluar secara mengejut daripada Kesatuan Eropah (EU).

Lira Turki jatuh ke paras terendah baharu walaupun usaha oleh bank pusat negara itu untuk menyokong ekonominya.

Lelongan hutang Jerman dijangka diterima baik oleh pelabur yang mencari tempat selamat. Hasil perbendaharaan Portugis mencecah paras tertinggi 11 bulan berikutan negara itu kini bersedia untuk menjual bon paling sukar dalam tempoh beberapa tahun.

Dalam pasaran komoditi, minyak mencatat kenaikan, dirangsang oleh laporan pemotongan bekalan Arab ke Asia, tetapi kenaikan dihadkan oleh kekurangan maklumat terperinci mengenai pengurangan dan disebabkan tanda yang semakin meningkat bekalan dari pengeluar lain.

Harga niaga hadapan untuk Brent LCOc1, penanda aras antarabangsa bagi harga minyak, diniagakan pada $53.94 setong pada 1200 GMT, naik 30 cents daripada penutup sebelum ini.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) CLc1 berada pada $51.11 setong, naik 29 cents. - Reuters

11 dibaca
Berita Harian X