Khamis, 12 Januari 2017 | 12:35am

Stadium Perak gelanggang utama Bos Gaurus - PAFA

IPOH: Perak akan terus beraksi di Stadium Perak, Ipoh dalam saingan Liga Malaysia musim 2017 bermula 21 Januari ini sekali gus menafikan dakwaan dalam media sosial bahawa Bos Gaurus akan beraksi di Stadium TLDM, Lumut musim ini. 

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA), Datuk Jamal Mohd Aris berkata Perak akan kekal beraksi di Stadium Perak bagi musim 2017 manakala Stadium TLDM Lumut hanya dinamakan sebagai gelanggang alternatif seperti yang disyaratkan.

"Penamaan dua gelanggang itu bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP)  di mana setiap pasukan wajib menamakan venue utama dan venue alternatif," katanya.

23 dibaca
Berita Harian X