Sabtu, 14 Januari 2017 | 9:37pm

PAS hadir pelancaran PPBM

TUN Dr Mahathir Mohamad melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini. - Foto Roslin Mat Tahir
TUN Dr Mahathir Mohamad melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, Shah Alam, malam ini. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Pemimpin PAS turut menghadiri majlis pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Stadium Malawati, di sini, malam ini.

PAS diwakili Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Yang turut hadir, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu selain wakil Parti Warisan Sabah.

Pelancaran PPBM akan disempurnakan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, malam ini.

Berita Harian X