Ahad, 15 Januari 2017 | 1:11pm

Pentadbir perlu jauhi rasuah - Sultan Kedah

SULTAN Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi tabik hormat selepas memeriksa perbarisan Kerhormat Batalion ke-6 Rijemen Askar Melayu Di Raja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-89 di Dataran Wisma Darul Aman. - Foto Amran Hamid
SULTAN Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi tabik hormat selepas memeriksa perbarisan Kerhormat Batalion ke-6 Rijemen Askar Melayu Di Raja sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-89 di Dataran Wisma Darul Aman. - Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, mengingatkan pentadbir dan jentera pentadbiran khususnya di negeri ini supaya menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa dan menyeleweng amanah diberi.

Baginda bertitah, pentadbir dan jentera pentadbiran bukan saja perlu dilihat bersih malah mengamalkan nilai bersih daripada segala amalan korupsi dan nepotisme untuk membolehkan masyarakat umum yakin dengan ketelusan pentadbiran yang dijana.

"Pentadbir dan jentera pentadbiran perlulah berbuat sesuatu yang betul dengan cara yang betul mengikut kaedah yang betul. Dengan demikian, beta menyarankan supaya jentera pentadbiran menampilkan kewibawaan dengan tumpuan kepada peningkatan produktiviti dan iltizam tinggi," titah Baginda.

Baginda bertitah demikian sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-89, di Istana Anak Bukit, di sini tadi.

Pada majlis itu, 50 individu dianugerah darjah kebesaran negeri didahului Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang menerima Darjah Kerabat (DK) Kedah.

Pada masa sama, Sultan Abdul Halim ingin melihat supaya sistem pentadbiran dan golongan pelaksana dasar lebih bersifat proaktif dan bukan semata-mata mengamalkan sifat responsif.

Baginda bertitah, perkara itu menuntut perubahan untuk menjadi pentadbir yang berjiwa besar, menyelami isu dan masalah rakyat, malah tidak terikat dengan menjadi 'desk officer' semata-mata.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X