Selasa, 16 Disember 2014 | 11:22am
NAZA Premira Sdn Bhd melancarkan model Aprilia Shiver 750 yang ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM43,888. - Foto ihsan laman web Aprilia
NAZA Premira Sdn Bhd melancarkan model Aprilia Shiver 750 yang ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM43,888. - Foto ihsan laman web Aprilia

Naza lancar Aprilia Shiver 750

KUALA LUMPUR: Naza Premira Sdn Bhd melancarkan model Aprilia Shiver 750 yang ditawarkan di pasaran tempatan pada harga RM43,888.

Pelancaran model CKD pertama itu sekali gus mencatatkan sejarah Malaysia menjadi negara pertama yang memasang model Aprilia luar Itali.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Eksekutif Kumpulan NAZA World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, berkata model CKD itu akan dipasang di kemudahan pemasangan NAZA Bikes Sdn Bhd di Shah Alam menerusi pelaburan berjumlah RM6 juta.

Katanya, bermula awal tahun depan Naza akan memulakan pemasangan CKD Shiver 750 dan sebagai permulaan model lain terus diimport sebagai model CBU.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X