Isnin, 16 Januari 2017 | 7:23pm

Mourinho bengang peledak United belum tajam

JOSE Mourinho. - Foto Reuters

MANCHESTER: Jose Mourinho mahu pemainnya tidak lagi mensia-siakan setiap peluang selepas terpaksa bergantung kepada jaringan Zlatan Ibrahimovic pada minit ke-84 untuk menyamakan kedudukan 1-1 dengan Liverpool di Old Trafford, semalam.

Perancang Manchester United, Paul Pogba mensia-siakan peluang satu lawan satu selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan yang disempurnakan James Milner untuk meletakkan pelawat di depan.

Hanya tujuh daripada 32 pemain United musim ini menggegar gol pada tempoh 35 minit pertama permainan dan Mourinho jelas tidak gembira dengan keadaan itu.

"Kami menghadapi masalah ini sepanjang musim," katanya selepas perlawanan di Old Trafford itu.

"Kami memulakan perlawanan seperti biasa, sangat baik. Namun kami gagal menjaringkan lebih banyak gol pada babak pertama. Lazimnya pada separuh masa pertama, penjaga gawang akan melakukan tindakan menyelamat luar biasa

"Penjaga gol yang datang ke sini akan bermain dengan cukup hebat. Kejayaan Simon Mignolet menafikan percubaan kami termasuk sepakan percuma Zlatan adalah antara yang menakjubkan.

"Kami sentiasa meraih peluang untuk berada di depan tetapi ia gagal disempurnakan." - AFP

Berita Harian X