Selasa, 17 Januari 2017 | 9:12pm

Raja Salman lawat Malaysia bulan depan

RAJA Salman Abdulaziz Al-Saud. - Foto EPA

Baling: Datuk Seri Najib Razak mengesahkan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, akan berkunjung Malaysia sempena lawatan rasmi pada penghujung Februari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, ketika berucap di hadapan kira-kira 23,000 rakyat sempena bersama rakyat di Padang Awam Kuala Ketil, di sini.

"Hari ini saya dapat pengesahan Raja Salman selaku penjaga dua tanah suci Makkah dan Madinah akan melawat Malaysia penghujung Februari ini.

"Saya tak berani janji apa-apa, tetapi akan cuba bincang untuk naikkan kuota haji bagi rakyat Malaysia... inilah bagusnya kalau kita ada hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi," katanya.

Berita Harian X