Rabu, 18 Januari 2017 | 9:13am

Percutian mewah Trudeau disiasat

JUSTIN Trudeau
JUSTIN Trudeau

OTTAWA: Pesuruhjaya etika Kanada membuka siasatan ke atas percutian mewah selepas Krismas Perdana Menteri, Justin Trudeau, di pulau persendirian milik jutawan dermawan dan pemimpin agama, Aga Khan.

Dalam sepucuk surat kepada Anggota Parlimen Konservatif kelmarin, Pesuruhjaya Mary Dawson berkata, siasatan dibuat sama ada Trudeau melanggar undang-undang etika dengan menerima percutian percuma Bahamas serta menggunakan helikopter Khan untuk terbang ke pulau persendirian itu.

Trudeau dan keluarganya serta seorang Ahli Parlimen Liberal dan presiden parti bersama pasangan masing-masing, tinggal di rumah Khan di Bell Island, Bahamas untuk percutian selepas Krismas.

Yayasan Aga Khan menerima ratusan juta dolar daripada kerajaan Kanada untuk mempromosi pembangunan dan projek lain di beberapa negara. Ia didaftarkan sebagai pelobi.

Undang-undang konflik kepentingan Kanada melarang pemimpin menerima hadiah. Percutian percuma terutama disenarai antara dilarang buat menteri.

Trudeau minggu lalu memberi kenyataan berhubung kontroversi itu: "Ini adalah percutian peribadi keluarga."

Khan adalah rakan lama keluarga Trudeau, katanya. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X