Jumaat, 20 Januari 2017 | 8:54am

Mangsa banjir di Kota Marudu kekal 2,880 orang

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan mangsa banjir, di sekitar Kota Marudu. - Foto IHSAN APM SABAH.

KOTA MARUDU: Mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara kekal 2,880 orang daripada 910 keluarga setakat jam 7 pagi tadi.

Jumlah itu tidak berubah seperti lewat petang semalam membabitkan 11 pusat pemindahan dengan keadaan paras sungai juga tidak banyak perubahan.

Sebanyak 19 kampung terjejas akibat banjir di daerah ini, sejak awal pagi Rabu lalu.

Pengarah APM Sabah, Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin, berkata jumlah mangsa banjir di daerah Pitas juga kekal 77 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas.

Selain APM, operasi memindahkan mangsa turut dilakukan oleh anggota bomba, polis serta agensi berkaitan lain.

Berita Harian X