Sabtu, 21 Januari 2017 | 12:23am

Trump tiba di bangunan Capitol upacara angkat sumpah

DONALD Trump tiba di bangunan Capitol, untuk upacara mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45.

WASHINGTON: Bakal Presiden, Donald Trump tiba di bangunan Capitol, sebentar tadi untuk upacara mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45.

Beliau diiringi Presiden Barack Obama selepas diarak dengan konvoi kenderaan Presiden dari Rumah Putih. Majlis itu dihadiri beberapa bekas Presiden termasuk Jimmy Carter, George W Bush dan Bill Clinton. - Agensi

Berita Harian X