Sabtu, 21 Januari 2017 | 4:43am

Trump beri penghormatan kepada Hillary Clinton

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, hari ini mengetuai penghormatan kepada pencabarnya dari Demokrat, Hillary Clinton apabila berkata dia terasa gembira wanita itu dan suaminya, Bill menghadiri majlis perisytiharan beliau sebagai presiden yang baharu.

"Saya rasa besar hati selepas mendapat perkhabaran bahawa bekas presiden, Bill Clinton dan Hillary Clinton akan hadir hari ini dan saya mahu berdiri dan memberi penghormatan," katanya pada jamuan makan tengah hari Congressional.

Beliau meminta pembuat undang-undang, calon Kabinet dan tetamu kehormat yang lain supaya turut berdiri memberi penghormatan kepada Bill dan Hillary.

"Saya amat menghormati mereka berdua," tambah Trump yang diiringi tepukan gemuruh daripada semua yang hadir di dewan Capitol.

Trump menewaskan Hillary Clinton, bekas senator dan setiausaha negara pada pilihan raya 8 November, tahun lalu. - AGENSI

Berita Harian X