Sabtu, 21 Januari 2017 | 12:34pm

Malaysia Masters: Soon Huat-Shevon lakar kejutan


AKSI bergu campuran Malaysia Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai ketika menentang Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura. - Foto BERNAMA

SIBU: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie melakar kejutan apabila melangkah ke final Malaysia Masters selepas menewaskan pilihan keenam, Tontowi Ahmad-Gloria Emanuelle Widjaja dari Indonesia dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Tertutup Sibu itu, Soon Huat-Shevon yang mendapat sokongan padu peminat tempatan cemerlang apabila menang 21-17, 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama 41 minit.

"Memamg teruja kerana kami dapat menewaskan Tontowi yang juga pemenang pingat emas Olimpik 2016. Semua yang kami rancang hari ini berjalan dengan baik dan Shevon beraksi sangat baik," kata Soon Huat.

Soon Huat-Shevon akan bertemu pemenang perlawanan antara satu lagi pasangan Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dengan Tam Chun Hei-Ng Tsz Yau dari Hong Kong bagi perebutan gelaran juara, esok.

Sebagai rekod, Soon Huat-Shevon yang mula digandingkan sejak November lalu sudah berjaya meraih dua gelaran - Terbuka Scotland dan Siri Antarabangsa Sabah.

57 dibaca
Berita Harian X