Ahad, 22 Januari 2017 | 7:49pm

Israel beri permit rumah peneroka haram

PIHAK berkuasa Israel hari ini meluluskan permit pembinaan untuk 566 rumah peneroka haram di timur Baitulmaqdis.-Foto AFP
PIHAK berkuasa Israel hari ini meluluskan permit pembinaan untuk 566 rumah peneroka haram di timur Baitulmaqdis.-Foto AFP

BAITULMAQDIS: Pihak berkuasa Israel hari ini meluluskan permit pembinaan untuk 566 rumah peneroka haram di timur Baitulmaqdis, yang sebelum ini ditangguhkan sehingga Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengangkat sumpah.

Timbalan Datuk Bandar, Meir Turjeman, berkata pihak berkuasa bandar itu meluluskan rancangan yang sebelum ini ditangguhkan atas permintaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu susulan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Disember lalu.

Dalam resolusi itu, AS berkecuali dalam menuntut Israel menghentikan pembinaan di tanah Palestin terutama di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis, membolehkan Majlis Keselamatan meluluskan resolusi itu. - AFP

Berita Harian X