Isnin, 23 Januari 2017 | 2:44pm

TERKINI: 9 mayat mangsa bot karam sudah ditemui

bhjb.bh.com.my

MERSING: Sebuah bot pancung yang dipercayai membawa kira-kira 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia terbalik di perairan Tanjung Leman, dekat sini pagi tadi. 

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, berkata setakat ini sembilan mayat termasuk enam perempuan ditemui terdampar di pantai berhampiran Tanjung Leman, kira-kira jam 9 pagi tadi. 

Katanya, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sudah diaktifkan. 

"Setakat ini, dijumpai sembilan mayat membabitkan tiga lelaki dan enam wanita. 

"Kita difahamkan bot pancung ini membawa 40 PATI warga Indonesia dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Katanya, ketika ini SAR turut membabitkan polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Berita Harian X