Selasa, 24 Januari 2017 | 10:33am
KEADAAN banjir di Kampung Kusilad, Pitas. - Foto Lano Lan

Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal

SEBAHAGIAN mangsa banjir mendapatkan bekalan makanan di pusat pemindahan di Dewan Komuniti Kampung Indah, Pitas. - Foto Lano Lan

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir membabitkan dua daerah di Sabah kekal pagi ini iaitu seramai 824 mangsa daripada 251 keluarga, sama seperti malam tadi.

Setakat jam 7 pagi ini, jumlah pusat pemindahan juga masih lapan iaitu dua di Beluran dan enam di Pitas.

Dua pusat pemindahan yang dibuka di daerah kecil Paitan, Beluran ialah Dewan Kampung Binsulung dan Dewan Kampung Kubambangan dengan keseluruhannya menempatkan 75 mangsa daripada 19 keluarga.

Di Pitas, enam pusat pemindahan beroperasi menempatkan 749 mangsa daripada 232 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, cuaca pagi ini baik namun kadang kala hujan renyai-renyai di beberapa kawasan.

Berita Harian X