Rabu, 25 Januari 2017 | 7:25am

Trump dijangka tandatangani perintah berhubung imigresen


DONALD Trump - Foto Reuters

WASHINGTON: Presiden Donald Trump dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif berhubung sekatan ke atas imigresen pada Khamis, di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, menurut beberapa pembantu kongres dan pakar imigresen yang diberi taklimat mengenai perkara itu.

Perintah Trump dijangka membabitkan sekatan dari segi akses ke Amerika Syarikat untuk pelarian dan beberapa pemegang visa dari Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, demikian menurut pembantu dan pakar yang enggan dikenali. - Reuters

Berita Harian X